Ok, kali ni nak cerita pasal Jalan-jalan cuci mata, haha kami memang suka jalan-jalan setiap tahun abah mesti ajak pergi jalan kalau bukan abah ajak mesti adik beradik akan ajak, abah tak ajak sebab poket koyak nanti haha kami menjelajah ke beberapa buah Negara masa kecil aku sudah menetap di Negara lain sebab abah seorang juruterbang masa muda-muda jadi kami hidup pindah-randah memang best hidup di Negara orang kami belajar pelbagai cara baru, adat mereka, cara mereka bercakap dan pelbagai lagi. Aku paling suka pergi turkey dan berbelanja di Beijing, China dan Indonesia . Turkey sebab tempat dia menarik tak dapat digambarkan macam mana menariknya, sampai sekarang aku masih teringat “Turkish Delight” iaitu sejenis manisan pelbagai bentuk dan perisa sangat manis ok makanan ni tapi sedap. Kami pergi banyak tempat Istanbul, Pamukkale dan sebagainya(maaf tak berapa ingat) haha di Istanbul amat popular dengan Masjid biru atau nama lain Blue Mosque, memang cantik. Pemandangan malam memang cantik. Rutin harian aku bangun tidur buka tingkap dan hembuskan nafas sebab ada keluar asap sejuk (macam orang jakun) haha pukul 7 lebih pagi waktu sana dah macam tengahari waktu sini. Shopping dekat sana memang koyak la sebab dia gandakan haha Turkey memang best sangat pemandangan yang menarik dan berharap dapat pergi ke Turkey lagi jika diizinkan dan dipelawa haha
Di Ephesus
Beijing, China
Hai beijing :) nak cerita sikit pasal beijing ni, kami pergi beijing tahun Mac 2009 seingat aku, kami berempat saja pergi Abah mak, kakju(kakak 1st) dan aku. hanya kami berempat saja pergi kerana yang lain ada urusan masing-masing tapi aku "beg tangan besar mak yang mak akan bawa ke mana saja mak pergi" bak kata adik beradik la haha tapi itu dulu sekarang dah tak la sebab dah jauh dari keluarga jadi tak dapat teman mak lagi pergi ke mana-mana walaupun kedai runcit dekat dengan rumah haha setibanya kami di sana kami terus di bawa menonton teatern cina (mungkin la) best juga tengok ingat kan tak best. selepas itu kami di bawa ke hotel letak barang lepas tu keluar balik untuk makan tengahari, kami di bawa ke restoran islam cina tapi makanan mereka memang dipenuhi dengan minyak dan telur sampai naik muak tengok telur bila balik Malaysia. susah nak cari air manis kat sana dorang minum teh cina, tak sedap! pahit haha sebabkan tak sedap dan tak nak minum air teh tu membuatkan aku rela menelan air paip seteguk haha, keesokkan harinya kami di bawa ke "Great Wall of China" atau nama lain "Tembok Besar China" gayat sangat sebab dia tinggi dan curam tapi best juga naik tembok besar china tu. Hari-hari terakhir di beijing kami di bawa ke Shopping centre. wohooo suka! murah memang murah tapi biasalah buatan china, tak kisah lah buatan apa yang penting shopping tetap shopping haha Beijing best dan harap dapat pergi lagi tapi kalau boleh tak nak makan nasi minyak banyak dan banyak telur. Gemok lahh nanti! haha
Jakarta dan Bandung,Indonesia
Irfan si Hagemaru
Otw, pergi Indonesia
Makan yang aku makan masa salam flight
Kedai kek dan biskut yang sedap
dari kiri Abg anang(suami kakak ke4), kakak ke4, mertua kakak ke4, kakju(kakak 1st),dan suaminya
I Love you mom! Rokiah Binti Omar
Makanan padang, makanan ini memang popular di sana
Aku dan kak imah(kakak ke4)