Alhamdulilah dapat juga update blog ni pada masa terluang ni, ok aku nak cerita pasal Umrah seperti yang dinyatakan kat tajuk utama aku. Alhamdulilah, dapat juga aku melaksanakan ibadah Umrah kalau tak kerana abah dan rezeki yang tuhan berikan kepadanya tidak sampai kami ke sana. Kami pergi umrah pada Mei 2008 seramai 8 orang iaitu Abah, mak, kak dila, kak imah, mak long, nenek dan aku. Ejen kami yang membawa kami ke sana adalah Azza Travel, ejen di Singapura seramai 23 orang mengikuti ejen tersebut. kami tiba di Changi Airport, Singapore pada pukul 8.30 am (seingat aku laa) mula la berkumpul sedara-mara, cucu-cicit nenek dan sahabat handai. Flight kami pukul 11.30 am waktu tempatan. pukul 9lebih bermula lah sesi peluk-memeluk, meninggalkan pesanan, menangis dan bacaan doa, teramat sebak masa itu.
Pakcik-makcik, nenek, dan kakak
Yusra Nazira dan Siti Rahimah (kakak ke 4 dan ke 5)
check passport dan tiket.
Ok, berbalik kepada cerita tadi, lepas adegan sedih kami melangkahkan kaki pergi meninggalkan orang yang tersayang buat sementara waktu hanya doa yang dapat kami iring dan mengharapkan mereka juga begitu air mata masih belum henti tetap turun tanpa henti bukan tak pernah tinggalkan adik beradik yang lain tapi kami takut jadi apa-apa tatkala kami di sana, melihat mereka dari jauh, jauh dan semakin jauh mereka hilang dari pandangan ku. Melangkah masuk ke dalam pesawat Singapore Airlines dan bersedia untuk terbang, Selamat tinggal semua doakan kami. Pesawat sampai atas je aku dah mula berdengkor eh tak la berdengkor maksudnya tidur sampai tak sedar pesawat berhenti kat Abu Dhabi kejap untuk menurunkan penumpang, telefon bimbit dikeluarkan dan di buka mula la mendail nombor orang tersayang( siapakah? ) haha mak telefon kakak menyatakan kami di Abu Dhabi, selepas beberapa jam, pesawat kami pun berangkat ke destinasi yang hendak dituju iaitu Jeddah.
Kami tiba di King Abdulaziz International Airport, Jeddah tak ingat pukul berapa tapi pagi dalam pukul 1lebih aku tak berapa ingat kami menaiki bas untuk ke Madinah, kami tiba di Madinah sangat teruja dengan ke cantikkan dan betapa bersihnya kawasan mereka alangkah bahagia dan bangganya kalau malaysia bersih macam negara mereka. Kami tiba pun mengangkat beg dan masuk ke dalam hotel, Hotel kami berdekatan dengan Masjid Nabawi, selepas beberapa jam kemudian azan subuh berkumandang kami mula mengerjakan solat subuh di Masjid Nabawi terpegun sangat! melihat masjid nabawi bulu roma tegak bila tengok masjid tu cantik sangat tak dapat gambar kan melangkah masuk ke dalam masjid dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim :') ramainya orang pelbagai jenis kaum, kulit warna yang berbeza, cara berpakaian, dan ada yang bertatu pun solat dimasjid maklumlah mazhab berbeza.
First time, solat subuh kat Masjid nabawi salah cara solat la haha macam kita di malaysia doa qunut tetapi mereka di sana sujud sahwi (tak silap) selepas memberi salam. memang tak khusyuk solat masa tu, pandang kiri pandang kanan pandang kakak, kakak pandang balik dan bertanya "Kita salah rakaat ke dik?" tengah sujud tu boleh pula kami bercakap haha. ke Esokkan harinya kami pergi ke raudhah katanya tempat itu boleh segala yang kita doa termakmul di situ terdapat makam Nabi Muhammad S.A.W. Kami ulang perkara yang sama setiap hari solat, pergi masjid, pergi raudhah dan pergi shopping pun ada juga haha.
dari kiri Mohd Yusop, Rokiah Omar, Yusra Nazira, Siti Fadzilah, Yusra Nabilah, Sareah(mak long), Siti rahimah, Kamariah(nenek) Kami di hotel Madinah mahu berangkat ke mekah
Kakak ke 3 dan ke 5(Malam terakhir di Madinah)
Kemudian harinya kami berangkat ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah setiba nya kami di Mekah kami mengangkat barang dan masuk ke bilik yang telah disediakan. Bersiap sedia untuk mengerjakan ibadah Umrah, setibanya kami di Masjidil haram terduduk dan sujud syukur aku kerana terpegun melihat kaabah yang tersergam indah Ya allah, Alhamdulilah aku dapat lihat dengan mata aku sendiri dapat jejak dengan kaki aku sendiri dan dapat sentuh dengan tangan aku sendiri.
Kami di Mekah ingin megerjakan umrah pada pukul 11.00 malam.
Abah jatuh sakit kerana di hempap semasa ingin mencium hajar aswad, dia di masukkan ke hospital selama 3hari apabila pulang ke Singapore jantungnya dimasukkan belon kerana saluran jantungnya tersekat, sekarang abah dah sihat dan gemok semula haha Love you Abah Mak. Hari terakhir di Mekkah
Dipendekkan cerita kami berangkat ke Jeddah semula dan tidur disana satu hari pengalaman yang sangat indah kami pergi ladang kurma, ladang unta muzium dan bermacam tempat kami pergi. Memang tak terkata betapa hebtanya ciptaan illahi. Pergilah kamu ke tempat yang di wajibkan oleh-Nya jika mampu
Alhamdulilah kami selamat sampai di Singapura dengan selamat dan berangkat pulang ke tanah air tercinta iaitu Malaysia :)

No comments:
Post a Comment