Selamat datang Aidilfitri 2011 dan Selamat tinggal Ramadhan 2011, Selamat Hari Raya kepada semua umat islam. Sepertimana yang kita tahu kali ni kite menyambut perayaan Aidilfitri pada tanggal 30 Ogos 2011 dan 31 Ogos pula kita menyambut hari kemerdekaan. Ok nak cerita pasal raya tahun ni. PUASA DAN RAYA TAHUN INI AMAT BERBEZA maklumlah sebelum ni kat rumah makan sedap-sedap bila dah sambung belajar dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak rasa janggal pula dan kena hidup berdikari tidak merasa makanan yang Ibu masak pada awal ramadhan. Sedih juga tapi ini la lumrah hidup kita perlu berkorban demi kejayaan kita. For the first time buka dan sahur kat rumah pada 27 Ogos 2011, Sedapnya makanan di rumah berganda-ganda sedap dari makanan yang aku beli hari-hari kat perak. Ok, balik kepada cerita asal, 1 syawal biasa la bangun pagi (padahal tak tidur excited nak raya punya pasal) haha lepas bangun mandi, pergi solat raya harap maklum ni baru pertama kali pergi solat raya haha dah balik solat boleh la pakai baju raya, makan kuih raya, dapat duit raya. Kiteorang berkumpul satu keluarga dengan saudara-mara tapi raya kali ini rasa macam semuanya perlu berjalan dengan cepat :( .Lepas salam-bersalaman kami pergi berangkat ke Singapura menyambut raya di sana. Belum sampai dekat kastam johor kereta dah banyak panjang sungguh jam nasib baik abah bijak, dia lalu shortcut punya jalan fuhh lega sekali sampai kastam Singapore tersekat lagi mane nak lari pun tak boleh haha duit raya belum banyak tapi kena balik U itu lah tanggungjawap seorang bakal mahasiswi.
Jalan untuk masuk ke laluan kastam Johor
Kastam spore jam yang tak dapat elak.
Akhirnya, setelah beberapa jam kami terperangkap kami berjaya ke;uar dari kesesakan jalan raya, biasalah cuti kan. Kami tiba di Bukit Batok Ave 8, Spore. Jumpa nenek salam-salam minta duit raya haha dan ambil gambar. sedih betul takda gambar aku :( haha
Dari kiri kakak ke3, abg ipar(suaminya), Abg ipar(suami kakak ke4), kakak ke4
For your information, yang dah berkahwin pakai warna kelabu dan belum berkahwin warna ungu.
Kakak ke4 dan ke5
Fulamak! haha
Saudara dan anak saudara
Nenek dah kurus :(
dari kanan makcik,kakak sedara,kakak,abang ipar
Kakak ke3 dan suami
Saudara
Otw raya rumah saudara
"Raya dan puasa kali ini mengajar aku erti kesabaran dalam hidup dan ia membawa pelbagai kenangan"
Selamat Tinggal Aidilfitri 2011 akan kita berjumpa lagi jika ada umur yang panjang.
No comments:
Post a Comment