Tuesday, 9 August 2011

Konvokesyen Siti Fadzilah Mohd Yusop & Siti Rahimah Mohd Yusop.

\
27 Julai 2011
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Perakaunan dengan Kepujian, Universiti Pendidikan Sultan Idris
"Tahniah!" perkataan pertama yang mampu ku ungkapkan tatkala insan ini melangkah keluar dari DEWAN SITC,Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hati sebak dan gembira pabila ku tatap wajah lembutnya yang dihiasi senyuman manis, senyuman terukir dibibir insan yang bernama Siti Fadzilah Mohd Yusop.Beliau merupakan anak ke-3 dari enam orang adik beradik. Setelah bertahun-tahun beliau bertungkus-lumus dan akhirnya inilah hasilnya. Ibu kami selalu berpesan " Bersabarlah anak dengan dugaan belajar bukan mudah untuk kecapi kejayaan " dan kata-kata ibu penaik semangat kami dan bapa kami juga berpesan "Susah mana seseorang kalau dia rajin dia pasti akan senang" berkat doa ibu bapa kami Alhamdulilah keEnam-enam cahaya mata Mohd Yusop Shariff dan Rokiah Omar berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti. (Back to Story) Setelah bertahun-tahun kehidupan bergelar Pelajar, pelbagai dugaan, tekanan perasaan, penat lelah dan akhirnya segulung ijazah di gengaman-nya pada tepat pukul 3.52 p.m 27 julai 2011. Pabila disebut namanya hatiku berkata "Adik bangga kak" dan air mata mengalir kerana bangga serta gembira tak dapat ku gambarkan perasaan aku saat itu. Beliau seorang yang tabah kerana beliau pernah melanjutkan pelajarannya di Kuantan, Shah Alam dan Perak beribu batu jauhnya dari Johor Bahru. Disebabkan kehidupan sebagai seorang pelajar jauh dari Keluarga tercinta maka aku berasa bangga kerana beliau tidak pernah berputus asa mengejar cita-citanya.

Capt Mohd Yusop & Family : My Family becomes big & bigger




Siti Rahimah's Konvokesyen




27 Mac 2011
Ijazah Sarjana (Sains) Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia.

Siti Rahimah Binti Mohd Yusop nama diberi. Beliau merupakan anak ke-4 dari enam orang adik beradik.Beliau melanjutkan pelajarannya selepas tamat zaman persekolahan harian di Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor selama setahun dan menyambung pelajarannya dalam bidang (sains) pembangunan sumber manusia di Universiti Teknologi Malaysia,Skudai Johor. Beliau juga menyambung (Master) Ijazah Sarjana (Sains) Pembangunan Sumber Manusia di Universiti yang sama. Berkat doa ibu bapa, keluarga serta suami tercinta dan juga semangat untuk berjaya yang tidak pernah lenyap dalam kamus hidup beliau telah mendatangkan hasil. Semoga kau berjaya dalam hidup akan sentiasa ku doakan kejayaanmu "I'm Proud of you Sister"

No comments:

Post a Comment