Thursday, 11 August 2011

Garry



"THANKS FOR THE GARRY" tak tahu kenapa aku ni teramat sayang kat garry, mungkin terlampau special untuk aku atau mungkin telatah dia yang sangat comel. Garry jadi model nikon aku sekarang haha bila tanganku memegang DSLR benda pertama yang akan aku ambil gambar adalah  GARRY mula lah dia pun mengedik dan dia sangat bijak bila aku panggil nama dia confirm dia tengok jadi aku snap la. Ok, berbalik kepada cerita Garry. Garry seekor arnab yang sangat cerdik, kuat makan and comel pada aku dia comel lah sunyi tak de dia. Aku dapat garry 11 mei 2011. Syed Ali Syed Mashoor yang bagi :') Thanks Dude! mula-mula dapat memang tercengang melompat semua ada mana taknya happy sangat, before that Abah buang kucing kesayangan :'( sebab dia calarkan kereta memang pantang abah kalau kereta calar so He decide buang Chrome (Kucing kesayangan) serta adik beradiknya :( aku memang suka luahkan perasaan kat binatang memang aku sangat pelik tapi itulah hakikatnya obsess dengan binatang tapi bukan semua binatang aku obsess, bila aku meluahkan perasaan kat binatang aku rasa dorang paham apa yang aku rasa, dorang akan diam bila aku berkata. Then, si Syed Ali ni mungkin dia rasa kesian sebab dah takda binatang yang besar macam kucing yela sebab aku punya binatang yang lain semua kecik-kecik hamster la sugar glider la lagi apa ek lupa lah maklum la tinggal di Upsi,Perak ni susah nak balik Jb.So Syed Ali ni pun beli lah untuk aku komplot dengan mak suprise kan Garry. Dulu, masa dapat dia kecik je, kurus and comot, aku pun mula lah mandi kan bagi makan macam-macam bagila apa-apa pun semua garry makan cuma besi dengan batu je dia tolak haha semakin lama semakin membesar si Garry tu, thanks mom sebab jaga dia time Adik takda. Balik Jb haritu tengok dia dah semakin membesar whoa happy sangat dia ikut je mana aku pergi aku tak tahu la kenapa bijak sangat si Garry ni dia kalau nak membuang dia akan keluar dari rumah tapi bila nak masuk balik rumah aku la kena basuh kaki tangan dia supaya tak kotor and tak kena najis dalam rumah. Garry suka main dengan anak tompok (kucing) yang nama dia Billy entah dorang tu lain macam sikit tapi happy la tengok Garry happy and aktif sangat. Hmm aku tak tahu macam mana kalau garry takda :'( Masa tu aku demam and mak call cakap garry tak nak makan dia tak aktif macam dulu tidur aja mungkin dia dapat rasa aku sakit. Sumpah RINDU SANGAT KAT GARRY :( 

Tuesday, 9 August 2011

Konvokesyen Siti Fadzilah Mohd Yusop & Siti Rahimah Mohd Yusop.

\
27 Julai 2011
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Perakaunan dengan Kepujian, Universiti Pendidikan Sultan Idris
"Tahniah!" perkataan pertama yang mampu ku ungkapkan tatkala insan ini melangkah keluar dari DEWAN SITC,Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hati sebak dan gembira pabila ku tatap wajah lembutnya yang dihiasi senyuman manis, senyuman terukir dibibir insan yang bernama Siti Fadzilah Mohd Yusop.Beliau merupakan anak ke-3 dari enam orang adik beradik. Setelah bertahun-tahun beliau bertungkus-lumus dan akhirnya inilah hasilnya. Ibu kami selalu berpesan " Bersabarlah anak dengan dugaan belajar bukan mudah untuk kecapi kejayaan " dan kata-kata ibu penaik semangat kami dan bapa kami juga berpesan "Susah mana seseorang kalau dia rajin dia pasti akan senang" berkat doa ibu bapa kami Alhamdulilah keEnam-enam cahaya mata Mohd Yusop Shariff dan Rokiah Omar berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti. (Back to Story) Setelah bertahun-tahun kehidupan bergelar Pelajar, pelbagai dugaan, tekanan perasaan, penat lelah dan akhirnya segulung ijazah di gengaman-nya pada tepat pukul 3.52 p.m 27 julai 2011. Pabila disebut namanya hatiku berkata "Adik bangga kak" dan air mata mengalir kerana bangga serta gembira tak dapat ku gambarkan perasaan aku saat itu. Beliau seorang yang tabah kerana beliau pernah melanjutkan pelajarannya di Kuantan, Shah Alam dan Perak beribu batu jauhnya dari Johor Bahru. Disebabkan kehidupan sebagai seorang pelajar jauh dari Keluarga tercinta maka aku berasa bangga kerana beliau tidak pernah berputus asa mengejar cita-citanya.

Capt Mohd Yusop & Family : My Family becomes big & bigger




Siti Rahimah's Konvokesyen




27 Mac 2011
Ijazah Sarjana (Sains) Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia.

Siti Rahimah Binti Mohd Yusop nama diberi. Beliau merupakan anak ke-4 dari enam orang adik beradik.Beliau melanjutkan pelajarannya selepas tamat zaman persekolahan harian di Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor selama setahun dan menyambung pelajarannya dalam bidang (sains) pembangunan sumber manusia di Universiti Teknologi Malaysia,Skudai Johor. Beliau juga menyambung (Master) Ijazah Sarjana (Sains) Pembangunan Sumber Manusia di Universiti yang sama. Berkat doa ibu bapa, keluarga serta suami tercinta dan juga semangat untuk berjaya yang tidak pernah lenyap dalam kamus hidup beliau telah mendatangkan hasil. Semoga kau berjaya dalam hidup akan sentiasa ku doakan kejayaanmu "I'm Proud of you Sister"